sepi
Ada sebuah kehidupan seorang insan,
hidupnya bagai kesalahan dalam hidup
manusia lain.
Namun insan ini cuba buat yang terbaik
agar insan lain bahagia.
Tapi sampai bila?
Sampai bila insan ini perlu pendam.
Setiap langkahnya bagaikan satu pertarungan.
Insan ini cuba bangkit setiap hari,
namun ada sahaja yang tidak kena di mata
manusia lain.
Pedulikah mereka pada insan ini.
Sampai bila insan ini perlu menunggu,
menunggu...
menunggu untuk hadirnya kebahagiaan.
-lnsh-
Comments
Post a Comment